Oleh TUAH MAS
Diterbitkan pada 16 Mac 2025, 11:28

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Dalam cahaya ibadah nan suci,

Ujian datang menguji diri.

Bukan di mula tekad diuji,

Namun di hujung siapa lestari.

 

Ramai melangkah penuh upaya,

Di akhir goyah jua.

Lafaz takbir bergema syahdu,

Hati tunduk mengharap restu

Hanya yang sabar menahan lara,

Menjadi pemenang di sisi-Nya.

 

Hidup ini sebuah kembara,

Bukan terpantas meraih juara,

Tetapi siapa teguh bertahan

Hingga nafas terakhir dalam keimanan.

 

Bersabarlah, wahai teman,

Langkahmu biar teguh bertahan,

Kemenangan bukan di awal perjalanan,

Namun di hujung, di alam keabadian.

 

5 Mac 2025,

Alor Setar, Kedah.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi