Oleh
Hanim Musa
Diterbitkan pada 14 Mac 2025, 11:26
Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangHati akan terluka kerana wejangan
lantangnya wejangan
membuatkan manusia jeda seketika
pedihnya cedera tanda mengena
penyakit bersarang
hapus kerananya
wejangan itu ubat
rasanya pedih, pahit dan maung
andai terkena
sejahteralah hendaknya
terpandulah jalannya.