Diterbitkan pada 19 Disember 2024, 11:37

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Deru ombak menggoncang semangat jiwa pendidik,

Laut diteroka gagah menjulang amanah bangsa,

Anak pesisir itulah membawa bukti perjuangan,

Di bibir senja semarak mendidik anak pertiwi takkan sirna.

 

Cekal engkau membenam benih-benih ilmu,

Terik mentari menyubur akar keikhlasan saat mendidik,

Sumpah kata mengubah nasib anak pesisir,

Katamu biarlah pasir mengganti putih kertas,

Asal mereka mampu mengenal dan menulis aksara,

Tetap kau julang si kecil tunas penggerak tanah air.

 

Hitam terbakar kulit mulusmu,

Menyemarak lagi jiwa sang pendidik,

Hadirmu memberi sinar pada garis takdir anak pesisir,

Melakar mimpi seindah hamparan lautan,

Bakal si kecil menjadi nakhoda menerajui haluan,

Berlayar bersama ilmu penuh di dada.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi