5 Disember 2024, 08:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Oleh: Anis A. Azam

Kuala Lumpur – DEKAT KL Creative Space menjadi saksi kehebatan Ruang Aksara Malam sebuah acara anjuran PitaBibir yang menyatukan pemuzik dan pemuisi muda tempatan di bawah satu ruang yang sama pada 29 November, lalu.

Acara yang julung-julung kali diadakan ini merupakan inisiatif sekumpulan pelajar Ijazah Sarjana Muda Penulisan Kreatif Akademi Seni Warisan Budaya dan Kebangsaan (ASWARA) sebagai satu daripada syarat bagi melengkapkan keperluan kursus di institusi pengajian.

Ruang Aksara Malam anjuran PitaBibir yang berlangsung pada 29 November bertempat di DEKAT KL Creative Space.

Menurut Syahril Imran Saiful Azam yang mewakili pihak penganjur, Ruang Aksara Malam tercetus hasil daripada kolaborasi idea rakan-rakan yang ingin mengumpulkan barisan bakat muda sebagai pendedahan runag dan peluang buat mereka menonjolkan bakat dengan cara dan persona mereka sendiri. Tambah Imran,

Sambutan yang amat memberangsangkan daripada penonton menjadi dorongan untuk mereka terus menganjurkan acara seumpama ini pada masa akan datang.

Sebanyak sembilan persembahan yang mengisi Ruang Aksara Malam, antaranya termasuklah, Judos dengan lagu Sembunyi, bacaan puisi oleh Petak Daud, persembahan artistik dengan permainan cahaya oleh Imqeem, Ameer Fahim, Syahirah Wasabi, IHTKMDN, kolaborasi Adlina Ghazali x Sonik Bingit, Cahaya Jais dan Ruoh menutup malam persembahan dengan lagu Dendam Kesumat.

Persembahan puisi dan lagu sekitar Ruang Aksara Malam yang menghangatkan suasana.

Selain persembahan lagu dan puisi, pengunjung juga berpeluang membeli buku dan cenderamata daripada Kolektif Ketepi, Kronik Ketuk, Ain, Tongkat Sakti dan Gadis Buku.

Penganjuran Ruang Aksara Malam pada malam itu dilihat berjaya menjadi medan interaksi kreatif sekali gus memberikan peluang buat pengkarya muda untuk menikmati reaksi langsung penonton serta memperkukuhkan jaringan komuniti seni tempatan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.