Diterbitkan pada 15 November 2024, 15:10

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Penat, penat aku penat,

Kenapa aku diuji begitu keras,

Segala perkara harus mengalah,

Segala perkara harus berkorban,

 

Kala malam tiba,

Di tengah keheningan malam,

Ku acap kali ditelan pekatnya malam,

Kerana otakku ligat memikirkan nasibku,

Sehinggaku terbuai mimpi kerana lelah,

 

Disaat aku merenung sendirian,

Di situlah tangisku derasnya seperti hujan,

Aku terlihat kuat,

Ketawa dan bergurau senda,

Tetapi aku beperang dengan isi otakku,

Banyak perkara yang bermain dalam fikiranku

 

Aku benci dengan diriku,

Aku gagal jadi anak yang baik,

Aku gagal jadi kakak yang baik,

Aku gagal dalam segala hal,

Aku gagal, gagal dan gagal,

Itulah perkataan yang membuatku rawan,

 

Aku hampir hilang jati diri,

Kerana kegagalan,

Aku takut akan kegagalan.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi