Diterbitkan pada 29 Oktober 2024, 15:38

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Oleh: Syazwan Hazmadi

Tanah itu

tahu akan harga dirinya

direpih tak patah

diancam tak goyah

demi pelihara

segala apa

di bawahnya.

 

Tanah itu

berkongsi kuat sesama

agar kelak benih tumbuh teguh selari

cengkaman akar mencambah pulau-pulau fikir berserakan

cipta cita setinggi gunung langitkan impian.

 

Tanah itu tiada langsung terdetik

meninggi dalam menunduk

meskipun diiinjak-injak

diam.

 

Tanah itu

sedar hakikat

ia, dan kita semua

hanya menunggu dijemput waktu

dan perlahan-lahan akhirnya

terurai kelam dan bungkam

kaku

menjadi debu.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi