Diterbitkan pada 20 Ogos 2024, 12:22

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Guangzhou – Sebuah pencapaian penting bagi negeri Selangor telah termeterai minggu lalu di Festival Buku China Selatan apabila Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, menandatangani dua Memorandum Persefahaman (MOU) dengan rakan sejawatnya, negara China.

Pengarah Perbandanan Perpustakaan Awam Selangor, Datin Paduka Mastura Muhamad menandatangani MOU dengan wakil Festival Buku China Selatan, Weng Xuhui dan Pengarah Jabatan Antarabangsa di Southern Publishing Media Co., Ltd, Chen Bing.

MOU ini bertujuan untuk mewujudkan perkongsian pintar melalui pertukaran idea, pengetahuan dan kepakaran, projek kerjasama yang menggalakkan persefahaman silang budaya, pembangunan sosial dan pertumbuhan ekonomi. Bidang utama kerjasama antaranya termasuklah penerbitan, pendidikan dan latihan.

Sebelum ditandatangani, pasukan Perpustakaan Awam Selangor melawat Perpustakaan Guangzhou dan Perpustakaan Sun Yat-Sen untuk perbincangan awal.

“Ini adalah lawatan pertama ke wilayah Guangdong untuk kita semua dan kami kagum dengan nilai perkongsian antara Perpustakaan Awam Selangor dengan institusi China ini, terutamanya dedikasi mereka terhadap khidmat masyarakat, pengembangan ilmu dan pemeliharaan budaya dan warisan. Kami turut merasa kagum dengan layanan mereka, kerendahan hati dan minat tulen dalam bertukar-tukar pengetahuan dan kepakaran,” kata Datin Paduka Mastura, sambil menyatakan bahawa pasukannya boleh belajar banyak daripada rakan kongsi Cina mereka sambil berkongsi budaya dan warisan yang kaya di Selangor dan Malaysia.

Beliau turut menekankan sokongan Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari yang memainkan peranan penting dalam memastikan terjalinnya hubungan antara Selangor dengan wilayah Guangdong bagi memartabatkan industri buku dan bidang lain yang berkaitan. Kongsinya lagi,

Hubungan diplomatik antara China dengan Malaysia bukanlah perkara baharu. Malah, dalam buku yang diterbitkan baru-baru ini berjudul Us and You The Story of China and Malaysia (2024), ada memberitahu kita bahawa hubungan diplomatik kita telah mencecah 50 tahun. Kejayaan ini bukan mudah untuk mencapai tanpa komitmen serius daripada kedua-dua pihak. Kini berada di tangan kita untuk bukan sahaja meneruskan legasi hubungan ini, tetapi untuk membawanya ke peringkat yang lebih tinggi. Ini juga hasrat YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang baru-baru ini berkata tentang kedua-dua negara kita bahawa kita mahu mendapat manfaat antara satu sama lain, belajar antara satu sama lain dan mendapat keuntungan daripada pelibatan ini.

Datin Paduka Mastura mengakhiri ucapannya dengan menjemput Pesta Buku China Selatan untuk menyertai sebagai Negara Tamu di Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2024, yang dijadualkan dari 27 November hingga 3 Disember.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai Petugas Khas Menteri Besar Selangor, Mohd Nazri Noh; Pengarah Majlis Buku Negara Malaysia (MBKM), Mohd Khair Ngadiron; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan bagi Urusan Kebajikan Anak Selangor, Gan Pei Nei; Penolong Pengarah Unit Perancang Ekonomi Selangor, Hernanie Md Yusof; Pengarah Perpustakaan Awam Sabah, Fatimah Abdillah; dan wakil Perbadanan Perpustakaan Awam Johor, Afzan Mohamad.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi