Diterbitkan pada 17 Ogos 2024, 15:23

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Penghantaran karya Antologi Puisi Dialog Pantai ke-6 anjuran Kerajaan Negeri Pahang melalui kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) dan Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) bakal berlangsung pada 20 hingga 22 September 2024.

Difahamkan, sebanyak empat negara Asia Tenggara yang akan turut terlibat dalam pembikinan Antologi Puisi Dialog Pantai ke-6 antaranya termasuklah, Malaysia, Thailand, Kampuchea dan Vietnam dengan memegang tema dasar “Serumpun Sebudaya Wilayah Timur.”

Penghasilan karya haruslah menyentuh kuat isu tentang budaya wilayah timur dengan memasukkan unsur-unsur kearifan tempatan yang berkesan dan bersesuaian dengan himpunan puisi lain sebagai sebuah antologi puisi.

Untuk makluman lanjut, penghantaran puisi ini tidak hanya terbuka buat penulis Wilayah Timur Laut sahaja, tetapi juga buat seluruh rakyat Malaysia yang sememangnya ingin mencari ruang dan peluang untuk menerbitkan karya pertama mereka secara bermutu.

Antologi Puisi Dialog Pantai ke-6 akan di selenggara oleh Muhd Mansur Abdullah dan Asmui Mustapa sebagai penyelenggara. Bagaimanapun, tiada honorarium yang akan diberikan dan penghantaran karya perlulah asli (yang belum diterbitkan).

Untuk sebarang maklumat lanjut, peserta yang berminat boleh menghubungi terus pihak GAPENA di talian, 011-62642412. Bagi sebarang penghantaran karya, boleh layari Google Form dan lengkapkan borang penyertaan anda.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi