Diterbitkan pada 17 Julai 2024, 10:26

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Jika dilihat ombak bergelora

Begitulah visual otakku

Fikiran bergolak menyusun strategi

Diasingkan yang utama

Disisihkan yang tak usah

 

Tindakan mendesak

Realisasikan makmur usaha

Mempamerkan senyum

Disulam dekah tawa yang menjanjikan bahagia

 

Aku tak sempurna

Cela di mata sendiri

Tapi aku tak menyerah

Kerana, ceruk harapan terhampar dimensi peluang

Disorong energi ombak yang rakus beralun

Mendampingi jawapan

Mengiringi kemenangan

Sebagai jiwa yang terhormat

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi