Diterbitkan pada 5 Jun 2024, 16:57

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Kemajuan teknologi yang pesat dari semasa ke semasa secara perlahan-lahan kian membunuh unsur-unsur tradisional dan ini bukanlah perkara aneh jika semakin ramai anak muda hari ini sudah tidak mengenali budaya negara sendiri.

Kebimbangan tersebut menyedarkan masyarakat peri pentingnya usaha yang boleh dilakukan institusi pendidikan menerusi program seni budaya, Pusat Kebudayaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dan Institut Seni Indonesia Yogyakarta (ISI Yogyakarta) dalam penganjuran sebuah program silang budaya, yang diberi nama Layar Seni @ Bitara Malaysia-Indonesia 2024.

Persembahan tarian Karmapala oleh kumpulan penari dari Institut Seni Indonesia Yogyakarta.

Program yang berlangsung dari 29 Mei hingga 1 Jun lalu di UPSI dan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (KLWTC) ini bertujuan melestarikan seni budaya dua buah negara, iaitu Malaysia dan Indonesia menerusi pelbagai sesi, merangkumi Bengkel Seni Visual, Bengkel Seni Tari dan Bengkel Catan Batik yang berlangsung pada sebelah petang.

Dendangan Syair “Syapen Semangat Perpaduan” oleh Imran Abdullah.

Perasmian pembukaan Layar Seni @ Bitara Malaysia-Indonesia 2024 telah disempurnakan oleh Pengarah Pusat Kebudayaan UPSI, YBrs. Dr. Norzuraina Mohd.

Acara kemuncak Layar Seni @ Bitara Malaysia-Indonesia 2024 dimeriahkan lagi dengan penganjuran Mini Konsert Layar Seni @ Bitara Malaysia-Indonesia pada 31 Mei, di Pentas Utama KLWTC.

Konsert kecil ini turut menampilkan persembahan yang menarik daripada YBhg. Brig. Jen. Dato’ Dr. Mohd Radzi Haji Abdul Hamid, Imran Abdullah, Kumpulan Destar Limar dari UPSI dan ISI Yogyakarta dan Kumpulan The Pegawai Band, serta pelajar-pelajar Fakulti Muzik dan Seni Persembahan UPSI.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi