Diterbitkan pada 29 April 2024, 16:55

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Oleh: Aina Sofia Shafie

Bunyi dentuman meriam dan senjata

Bertali arus melintasi ruang angkasa

Bagai meteor jatuh ke tanah yang rata

Menghancurkan seisi rakyat jelata

Memusnahkan impian angkara sengketa.

 

Si anak kecil menangis hiba

Tertunduk lesu tanpa kata

Belasungkawa penuh derita

Meratapi nasib dilanda gempita.

 

Wahai dunia yang dipenuhi dusta

Apakah kau tuli atau kau buta?

Sehingga kau sudahpun mati rasa

Untuk menilai kaca dan permata

Apakah nyawa tiada harga

Dibandingkan nama dan segala harta?

 

Wahai manusia seluruh semesta

Teguhkan iman tingkatkan takwa

Sesungguhnya doa mukmin ibarat senjata

Yang tak terbatas meskipun jauh dari mata.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi