Diterbitkan pada 17 April 2024, 09:13

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Ramadan datang, berkah mengalir,

Mendekatkan pada Yang Esa,

Hati terang benderang, kini resah sirna,

Kebaikan menapak, setia mengiringi.

 

Syawal tiba, syukur mengalir,

Meraikan tanpa henti pada Yang Maha Memberi,

Berkongsi rezeki, penuh kasih tanpa ragu,

Untuk yang memerlukan, sentiasa bersatu.

 

Terbuka luas pintu kemaafan,

Bagi yang terluka di dalam dada,

Seluas samudera, ampunan melipat ganda,

Untuk lisan dan sikap, yang tak terjaga.

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi