30 Mac 2024, 08:24

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Menatap lembaran akhir Ramadan,

Sambil mengulang siar pita rakaman maya,

Teriakan ngeri ibu di Gaza,

Raungan bayi dan anak kecil kebuluran,

Erangan pedih pemuda yang tenat,

Wanita mengandung tergamak diratah,

Nafsu keparat iblis laknatullah.

 

Di sana udara wahana bantuan,

Darat pula tempat leburnya jasad,

Percikan darah merata tempat,

Saksi syahidnya umat Muhammad,

Sengsara didengar derita dilihat,

 

Ramadan usahlah berlalu pergi,

Hadirnya kau di tengah tandusnya harapan,

Walaupun dengan jutaan sengsara,

Kau diraikan sepenuh cinta di bumi al-Aqsa,

Kaulah sahaja bahagia mereka,

Menyambut kau bulan mulia,

Melakar manis senyuman girang gembira,

Mengubat jerihnya luka dan duka lara,

 

Ramadan usahlah berlalu pergi,

Melewatimu dengan ibadah pasti setulus kalbu,

Munajat dipanjat mengharapkan mustajab,

Moga amanlah bumi Palestina,

Makmur dan merdeka bumi Anbiya.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

Yang Berkaitan

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.