Diterbitkan pada 29 Mac 2024, 10:03

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Cangkang ketupat

Simbol warisan gugusan Nusantara

Tersimpan bukti falsafah tersirat

Sayangnya kini luntur dimamah zaman

 

Orang kita mungkin menganggapnya biasa

Hanya juadah tradisi santapan di pagi raya

Sebaliknya melakar seribu satu makna

Membawa pesan kepada nusa bangsa

 

Cangkang Ketupat

Menganyamnya lama bukan sebentar

Anyaman bersilang menguji kesabaran

Mungkin berganti hari berganti latar

Demi penerus belia mengenal warisan

 

Juadah ini melakar nilai kesucian

Beras mengempuk memenuhi ruangan

Juadah ini wahana perpaduan

Berlainan warna tidak dibezakan

 

Juadah ini perlukan rendaman

Siaganya dewasa menjaga nyalaan

Supaya enak dibuat santapan

Mengerat ukhwah dalam persaudaraan

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi