5 Mac 2024, 11:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Melaka – Legasi Nyonya Tan yang dikendalikan oleh dua adik beradik, Hairul Asraf Abu Hussain dan Hidayu Murni Abu Hussain (anak kepada tokoh seni, Nyonya Tan Abdullah), telah menganjurkan kelas Dondang Sayang secara dalam talian pada 2 Mac 2024 melalui pelantar Google Meet dengan yuran penyertaan serendah RM25.

Menurut Hairul Asraf, kelas Dondang Sayang pada tahun ini merupakan siri kelas mereka yang pertama dilakukan secara dalam talian bagi menggalakkan lebih ramai penyertaan dari pelbagai tempat.

Hasil daripada penganjuran kelas Dondang Sayang siri pertama ini, ternyata mendapat maklum balas yang positif dengan pengisian dan gaya penyampaian segar daripada tenaga pengajar yang berkemahiran dalam seni Dondang Sayang.

Antara pengisian kelas tersebut termasuklah sejarah dan pengenalan, ciri-ciri pantun Dondang Sayang, melodi dan rentak, gaya nyanyian, jenis timang atau sendi lagu, lenggok dan patah lagu, perbezaan antara pertandingan dan persembahan, cabaran pada masa kini serta sesi amali oleh para peserta.

Sebagai rekod, program ini pernah dilakukan secara bersemuka di Dewan Bahasa Pustaka (DBP), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negera (JKKN), di sekolah dan beberapa buah stesen radio tempatan.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.