Oleh
Mohd Faizul Md Yasin
Diterbitkan pada 29 Februari 2024, 16:21
Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangRela aku terima
Sedia tubuh ini menahan
bagai seluruh jiwa direntap
rentung hingga jadi abu.
Tak terkira seramai mana datang
sia-sia sahaja aku melawan
terbuang dihanyutkan kecewa
meruntun lalu terbakar jiwa.
Diam adalah pilihan terpahit
saat relung hati terbungkam sakit
lidah juga lelah untuk berkata-kata
jadi lebih baik aku berdiam sahaja.