29 Februari 2024, 15:43

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Melaka – “Jadilah orang muda yang mempunyai sifat sabar yang tinggi.”

Kata Puan Zaharahanum Kamarudin yang kini bertugas sebagai Editor Bahagian Buku Sastera, ketika ditanya adakah penulis boleh membuat hantaran di pelantar media sosial peribadi apabila karya mereka sudah diterbitkan? Jelasnya,

“Dalam dunia penerbitan, ada satu terma yang digelar sebagai Hak Eksklusif. Hak ini merupakan hak yang penting dan ingin dipegang oleh mana-mana rumah penerbitan,

Kami sebagai rumah penerbitan mempunyai kepentingan kami sendiri. Begitu juga dengan rumah penerbitan yang lain.

Dr. Rosmani Omar selaku Ketua Editor Bahagian Majalah menambah, mana-mana karya yang pernah diterbitkan di bawah mana-mana rumah penerbitan dan ingin diterbitkan semula, perlu mendapat keizinan dari rumah penerbitan tersebut.

“Ini merupakan etika penerbitan yang sebenar,” tegasnya.

Penulis perlu memastikan dirinya tidak melanggar mana-mana syarat dan etika penerbitan setelah karyanya diterbitkan.

Dalam konteks penerbitan, setiap penulis harus memastikan karya yang diterbitkan merupakan karya asli untuk mengelakkan isu hak cipta kerana setiap penulis terikat dengan Akta Hak Cipta 1987.

Dalam sesi Dialog Bersama-sama Editor yang berlangsung di MD Resort Siring, Melaka, Puan Zaharahanum juga turut menyentuh tentang hak asal penulis dan hak selepas diterbitkan yang harus difahami oleh kedua-dua pihak.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.