20 Februari 2024, 11:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Oleh: Shuhaibah Sashim

Tanjung Malim – Program Profesion Keguruan: “Bersediakah Bakal Guru”? yang berlangsung pada 20 Januari bertempat di E-Learning, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris telah dijayakan dengan kehadiran pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), tempoh hari.

Program ini dibuat bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada mahasiswa UPSI sebagai persediaan menghadapi temu duga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

Sesi temu duga yang menggunakan teknik simulasi dilaksanakan sebagai persediaan dalam menghadapi dunia pekerjaan sebenar.

Panel jemputan, iaitu Puan Faizah turut berkongsi pelbagai panduan dan tatacara temu duga dengan menggunakan teknik simulasi.

Program ini dilihat memberikan banyak pendedahan kepada mahasiswa yang bakal melangkah ke alam pekerjaan, terutamanya bagi pelajar jurusan pendidikan yang akan menempuh temu duga SPP.

Program anjuran Persatuan Jalinan Anak Sarawak UPSI (JASA) ini turut dihadiri oleh Setiausaha Bahagian Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Urus Setia Cawangan Sarawak, Puan Faizah Edrus sebagai panel jemputan dan telah disempurnakan oleh pengarah program, iaitu Puan Pamela Alicia Anak Franklin.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.