9 Februari 2024, 18:12

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Jitra – Untuk menjadi seorang pelakon teater yang baik, pelajar perlu mempunyai bakat, minat, kebolehan dan cita-cita yang tinggi agar setiap lakonan yang dipersembahkan itu dapat memberikan dorongan kepada diri sendiri untuk terus berjaya pada masa hadapan.

Hal ini dinyatakan oleh penggiat teater Negeri Kedah, Encik Mohd Zulkamal Ismail atau lebih mesra disapa sebagai Joe K.A.S ketika menyampaikan ucapan alu-aluan bersempena dengan Bengkel Pembinaan Bakat Teater, di Bukit Wang, Jitra, Kedah.

Tambah beliau, pelajar yang ingin berteater perlu mempunyai asas dan panduan dalam berteater. Sebagai tenaga pengajar, beliau berharap agar peserta dapat mempraktikkan apa yang diajari dalam latihan amali lakonan pada masa akan datang.

Penyerahan sijil kepada salah seorang peserta oleh Joe K.A.S.

Sebanyak 20 orang pelajar yang terdiri daripada kanak-kanak berusia antara 13 hingga 21 tahun turut menyertai bengkel  yang dianjurkan oleh Persatuan Teater Alor Setar (PENTAS) melalui kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Utara.

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mengasah bakat setiap pelajar dan melahirkan pelapis untuk pertandingan teater di peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan. Bengkel yang dianjurkan itu berkonsepkan berteater bersama alam sekitar

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.