Oleh Firdaus Mul
24 Januari 2024, 15:51

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur Buku Jajas Anak Orang Utan karya Amir Hamzah Mohd Yazir menyoroti kehidupan haiwan liar seperti Orang Utan yang kehilangan tempat tinggal dan semakin terancam habitatnya buat pembaca muda, terutamanya golongan kanak-kanak.

Saya membaca mengenai Orang Utan yang sudah mula pupus dan kehilangan tempat tinggal. Hal ini mendesak saya untuk menghasilkan cerita berkenaan haiwan ini.

Dorongan menghasilkan buku bergambar kanak-kanak ini bermula sewaktu beliau menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan masih dilakukan sehingga ke hari ini.

Mendidik pembaca untuk memahami bahawa setiap kejahatan itu tidak seharusnya dibalas kejahatan, merupakan nilai utama yang cuba diketengahkan oleh penulis selain daripada nilai cinta dan kasih sayang terhadap hidupan flora dan fauna yang biasanya menjadi nilai tambah dalam kisah yang bertemakan alam sekitar.

Amir Hamzah Mohd Yazir sewaktu diwawancara oleh saudara Haziq Zakaria dalam rancangan Bicara Karyawan.

Selain itu, beliau turut berkongsi pengalaman menghasilkan cerita kanak-kanak yang dilihat sedikit mencabar daripada segi laras dan penggunaan bahasa yang digunakan.

Menurutnya, penghasilan cerita kanak-kanak menggunakan laras bahasa yang berbeza, tidak seperti laras bahasa sastera yang digunakan dalam karya umum kerana pembacanya terdiri daripada golongan kanak-kanak.

Ilustrasi hasil Muhammad Izzuan Idris dalam Jajas Anak Orang Utan ini turut menjadi daya tarikan buat pembaca dengan penggunaan imej dan penggunaan warna yang menarik minat pembaca muda.

Dalam pada masa yang sama, Amir Hamzah sempat menitipkan harapan agar buku yang beliau hasilkan dapat dimiliki selain menjadi bahan bacaan seisi keluarga.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.