Diterbitkan pada 18 Januari 2024, 10:48

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Walaupun malam mata dan mulut masih terbuka

ingin bangkit lalu terus berlari tapi cukupkah nafas di dada?

mahu menjerit nanti ada yang terjaga dan membentak marah

berpulas kaki menunjuk ke selatan dan tidak lama memijak utara

 

Layakkah kita bercakap tentang susah?

ini bukan cerita hidup yang sengsara tapi sekadar rasa

bukan juga fasal derita bertahun hanya jentikan gelisah

yang entah bila akan reda sudah penat melawan resah

 

Tetap jangan diungkit tentang tuah dan yang kita ada

gelisah itu siapapun tetap akan merasa

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi