8 Januari 2024, 10:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kedah – Program Santai Sastera Bersama GERAS: Sastera Kanak-kanak anjuran pelajar tahun akhir Sarjana Muda Sastera Kesusasteraan Kontemporari dan Pengurusan Industri Kreatif pada 6 Januari bertempat di SK Kampung Betong, Jeniang ini mendapat sambutan yang mengalakkan daripada pelajar tahap dua SK Kampung Betong, Jeniang, tempoh hari.

Penyampaian ilmu pengetahuan ini dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti yang dirangka khas bagi pelajar yang tinggal di sekitar Jeniang. Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuklah, aktiviti berkaitan peribahasa yang dibuat bertujuan untuk mendedahkan mereka kepada peribahasa kita yang semakin dilupakan.

Program Santai Sastera Bersama GERAS: Sastera Kanak-kanak yang berlangsung pada pada 6 Januari bertempat di SK Kampung Betong, Jeniang.

Aktiviti yang dilakukan ini merupakan satu daripada langkah bagi mendedahkan pelajar SK Kampung Betong tentang keindahan sastera tanah air serta kepentingannya dalam memastikan rakyat Malaysia tidak terus melupakan sastera yang sudah berakar umbi sejak dahulu lagi. Aktiviti yang dianjurkan ini mencapai objektif utama SULAM dalam meningkatkan pembelajaran pelajar dengan menghubungkaitkan teori dengan praktis di luar kelas.

Pelajar Sarjana Muda Sastera Kesusasteraan Kontemporari dan Pengurusan Industri Kreatif yang banyak terlibat dengan aktiviti yang melibatkan vokal seperti mendeklamasikan puisi, pementasan teater dan lakonan monolog turut diajar kepada pelajar sebelum mereka melakukan aktiviti mendeklamasikan puisi. Puisi yang dipilih kebanyakannya merupakan hasil karya pelajar Sarjana Muda Sastera Kesusasteraan Kontemporari dan Pengurusan Industri Kreatif yang diterbitkan melalui majalah Tunas Cipta.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.