22 Disember 2023, 11:05

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kitakah penghuni asing?

terkurung di dunia fantasi

sentiasa dalam khayal

mendamba segala keinginan

 

Kembalilah ke alam nyata

agar tidak terus hanyut

dibuai mimpi-mimpi indah

dalam angan-angan kosong

 

Lihatlah di sekeliling

mendongak tinggi ke langit

menunduk rendah ke bumi

di manakah kita berpijak?

 

Toleh ke kiri ke kanan

siapa sering di sisi, di samping

masihkah lagi bersama-sama?

atau satu-satu telah tiada

 

Kita akhirnya bersendiri

dalam ruang kamar sepi

dunia akhir dunia abadi

sedarlah kita juga akan pergi

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

Yang Berkaitan

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.