20 November 2023, 13:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Baling – “Setiap penulis harus memahami tema dan persoalan yang ingin disampaikan dalam setiap karya yang ditulis selain perlu bijak dalam menyampaikan isi dan jalan cerita yang ingin diketengahkan”, ujar Editor Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja DBP, Puan Siti Masni Kospin dalam Dialog Puncak Karyawan ASASI 2023 yang diadakan di Hotel Bayu.

Menurut Ketua Editor Bahagian Buku Sastera, Encik Mohd Azam Juhari pula dalam program yang sama, menyatakan bahawa sesebuah idea dan pemikiran amat diperlukan dalam penghasilan karya yang terbaik kerana ilmu yang dimiliki merupakan aset penting bagi setiap penulis untuk menghasilkan karya yang bermutu dan berkualiti sebagai bacaan umum.

Dialog Puncak Karyawan ASASI 2023 bersama-sama dengan Editor Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja, Puan Siti Masni Kospin dan Ketua Editor Bahagian Buku Sastera, Encik Mohd Azam Juhari.

Selain bercakap tentang penulis, kerjasama erat antara sidang editor dengan penulis juga amat diperlukan dalam penghasilan karya yang bagus.

Program Dialog Puncak Karyawan ASASI 2023 merupakan anjuran Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI) melalui kerjasama DBP dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA).

Penganjuran program seperti ini secara tidak langsung dapat memberikan keyakinan dan semangat kepada para penulis untuk menghasilkan karya yang terbaik.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.