Diterbitkan pada 17 November 2023, 15:22

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Begitu sukar melakonkan
Watak diriku sendiri yang dulu
Selang sehari selang seminggu
Hidupku cerah kembali kelam
Wajah rubah banyak bersangka
Bukan penopeng bertopengkan topeng bertopeng
Meratap wajah asli yang dipalsukan
Tertipu di balik helah
Yang membuka tirai pentas lakonan hidupku
Ternyata akulah antagonis sinis.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi