Diterbitkan pada 17 November 2023, 15:21

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

sora kecil menggelayut perih

bumi ‘Emas’ berjebah tangis di tanah

merakit sungai mengalir peluh merah.

 

puingnya rumah ramah menguak riuh

dicantas hias jenaka

nyaring terdengar bermacam jeda

lumuran darah dikerumun semut dijemput paksa.

 

terang diacu gemuruh peluru

malam sepicing mimpi dia dibaling batu

jihad fisabilillah

sumpah dan waadat

sayap indah berkibar panji bercucur keringat.

 

membuang duri muzik berirama

bertarung abu di celah bongkahan derana

layu tidak beradu

sampai bertemu lembayung senja.

 

langkah berselubung selimut syahadah

berpayung doa meracun cerah.

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi