Diterbitkan pada 27 Oktober 2023, 09:42

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kususuri adimarga berdarah

yang tumpah di tanah merdeka.

 

Di segenap pelosok negeri

manifestasi kasih anak pertiwi

atas nama perjuangan

untuk merayakan erti merdeka.

 

Di bawah langit biru

tanah merdeka

meminjam jasa pahlawan

saksi perjuangan bangsa gagah

mendaulat merdeka daripada penjajah

merawat masyghul perebutan

menagih sebutir keamanan.

 

Di bawah langit biru

kibaran merdeka

bukti perjalanan sejarah bangsa

membuahi nafas keamanan

memanterai ambisi dan impian

membangun masa depan anak watan.

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi