Diterbitkan pada 28 September 2023, 21:25

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Ya nabi salam alaik;

penerang zaman tika

gelita, huru-hara menimpa.

 

Rabiulawal sudah pun tiba,

Entah ingin menangis, entah ingin gembira.

 

Berduyun tabuh rebana,

Ratib selawat indah seirama.

 

12 Rabiulawal

mengajak kita

mengingati kisahnya.

 

Walau tidak pernah melihat

dengan mata,

kumenangis tika membaca cerita.

Nabiku berdakwah di tengah seksa,

saat kaum Quraisy menabur keji merata.

 

Ya nabi salam alaik;

sungguh aku mencintaimu.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi