Oleh Nubailah Nasri
26 September 2023, 12:42

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar – Bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Arau, Kangar Perlis telah berlangsungnya Pertandingan Deklamasi Sajak Peringkat Negeri Perlis Kategori Sekolah Menengah.

Sebanyak 23 orang peserta dalam kalangan pelajar menengah rendah dan 21 orang pelajar dalam kalangan menengah atas telah mengambil bahagian.

Peserta bergambar kenangan.

Objektif utama program yang anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Perlis ini adalah untuk mencungkil bakat baharu dalam sayembara deklamasi puisi sekali gus, memupuk minat dan kecintaan mereka terhadap bahasa dan sastera Melayu khususnya, sajak.

Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Encik Mohd Shaifulazhar Awang mengatakan bahawa penyertaan yang diterima pada tahun ini sangat menggalakkan.

Muhammad Hafiz Yusri dari SMK Syed Saffi telah mendapat johan untuk Kategori Menengah Atas, manakala Nur Syaza Alisya Mohd Tarmizi dari SMK Agama Arau mendapat johan Kategori Menengah Rendah.

Kedua-dua pelajar ini akan mewakili negeri Perlis pada peringkat kebangsaan yang akan berlangsung bulan Oktober nanti.

Peserta telah dinilai oleh  lima orang hakim yang berdedikasi antaranya, munsyi dewan iaitu Encik Zaki Halim.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.