21 September 2023, 16:07

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Sudah ribuan kali lisan berbicara,

aku tidak mahu,

aku ingin berubah,

jiwa meronta-ronta .

 

Aku buntu,

khuatir hijrah itu bukan mudah,

penuh persoalan dan tanda tanya,

adakah Tuhan menyedari khilaf ini?

Adakah hijrah berpihak pada diri?

sebelum mata terpejam rapat.

 

Benar,

ia mudah,

banyak pemudah cara.

Namun,

hati ini masih belum mampu,

menemui hakikat sebuah kehidupan.

 

Telapak kecil mohon doa Ilahi,

berilah petunjuk betapa manis dan indah hijrah ini.

Berharap lenyap perih dan pedih.

Senyum di raut wajah,

moga kembali muncul,

menemui kebahagiaan hakiki.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

Yang Berkaitan

Aksara Puisi

Pelakon

17 November 2023, 15:22
Aksara Puisi

Sejenak di Alma Mater

17 November 2023, 15:20
Aksara Puisi

Secebis Kain Itu

27 Oktober 2023, 11:47
Aksara Puisi

Rezeki

27 Oktober 2023, 11:40
error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.