Oleh Nazrul Aziz
30 Ogos 2023, 21:04

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Bertempat di Aras 2, Blok F1, Kompleks F Putrajaya telah berlangsungnya Pertandingan Berbalas Pantun Kemerdekaan SPA 2023 anjuran Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Pertandingan yang diadakan bersempena dengan Program Kemeriahan Merdeka 66 Tahun peringkat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia ini telah menampilkan lima buah pasukan untuk merebut piala Johan Pertandingan Berbalas Pantun Kemerdekaan SPA 2023.

Suasana semasa Pertandingan Berbalas Pantun Kemerdekaan SPA 2023.

Acara yang julung kali diadakan ini telah disertai oleh pasukan Pancha Mestika, Kencana Sahmura, Kirana, Malar Manis dan Teraju Tiga.

Menarik tentang pertandingan ini, penjurian bukan sahaja dinilai oleh tiga orang juri utama, malah lima orang juri awam yang mewakili suara penonton turut terlibat dalam pemilihan pemenang.

Setiap peserta dinilai berdasarkan daripada empat aspek, iaitu bahasa (30 markah), isi (40 markah) tema (10 markah) dan gaya (20 markah).

Tema bagi setiap pusingan dipilih berdasarkan tema Hari Kebangsaan 2023 dan tema pada tahun-tahun sebelum ini, antaranya termasuklah “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan”, “Amanah Asas Kejayaan”, “Sehati Sejiwa”, “Perpaduan Teras Kejayaan” dan “Sayangi Malaysiaku”.

Semarak rasa cinta akan negara ditonjolkan oleh peserta apabila semua pasukan tampil dengan mengenakan busana kebangsaan dan sedondon untuk setiap pasukan.

Antara pertandingan lain yang turut dilaksanakan termasuklah Pertandingan Reka bentuk Logo SPA, Pertandingan Poster Merdeka SPA, Pertandingan Deklamasi Sajak Kemerdekaan, Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik dan Pertandingan Pidato Merdeka.

Hadiah dan senarai pemenang akan diumumkan semasa Majlis Penutup Program Kemeriahan Merdeka 66 Tahun SPA.

Foto: Syahmirahim

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.