Oleh Nubailah Nasri
28 Ogos 2023, 08:45

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Perlis – Bermula bulan Ogos hingga Disember 2023, Muzium Kota Kayang, Jabatan Muzium Malaysia dengan Kerjasama Persatuan Penulis Perlis (3P) telah mengadakan pameran yang diberi nama “Setitis Tinta, Selaut Kasih: Penulis Perlis”.

Poster pameran.

Program yang pertama kalinya diadakan ini merupakan pameran yang melakarkan sejarah jatuh bangun penulis yang berasal dari Perlis, iaitu bermula  dari awal kemerdekaan hingga hari ini.

Objektif pameran ini diadakan adalah untuk mempamerkan artifak berkaitan dengan penulis Perlis yang pernah melakar nama, di samping menyebarluaskan ilmu berkaitan dengan dunia penulisan kepada masyarakat umum.

Pengarah Muzium Kota Kayang, Puan Munirah Kassim mengatakan bahawa  penganjuran pameran ini adalah untuk memberikan peluang kepada masyarakat Perlis mengenali dengan lebih dekat sisi penulis yang banyak menyumbang hasil penulisan untuk pembangunan minda anak bangsa. Selain itu, beliau juga mengharapkan agar bakat anak muda di Perlis dalam bidang penulisan dapat dicungkil dan disebarluaskan ke serata negeri.

Selain itu, pameran ini juga mengimbau era penulisan penulis zaman dahulu dan sekarang mengikut segmen yang diperkenalkan. Selain itu, sejarah penubuhan 3P  juga turut dipaparkan dalam pameran ini.

Orang ramai dijemput hadir ke Muzium Kota Kayang untuk melihat pameran ini dengan lebih dekat lagi.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.