Diterbitkan pada 28 Ogos 2023, 10:12

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Ring … ring!

 

ditekan makin senyap

bunyi di luar mula malap.

 

ah, terjebakku di petak

tidak turun tidak naik.

 

suram mengendur

cemas berkampung dalam lif.

 

enam puluh detik

insaf dan nafas bertempik.

 

aku di antara dua langkah

ada

sebelum tiada.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi