28 Ogos 2023, 10:48

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Karya: Fadhilah Ad Deen

kau ke Sulawesi — daki turun kecuali singgah
di selatan perbukitan itu mana cuma mengintai
keagungan benih ratu segala kopi — toraja.

dari lereng kalau kautemu kopi toraja berkolah
sekalian terjun; berenanglah sejenuh ke kerantai
basahlah dahaga hakiki mencandu kecuali dimiliki.

nanti lidah kaurindu ramah susu dari dasar kole kopi
bubuhlah percaya: itulah isyarat aku berpenuh hasrat

lebih baik sebulat meja lidah berlaga sembarang kopi
sambil menjeling kumis kauberembun toraja — kelat!

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

Yang Berkaitan

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.