Oleh Nubailah Nasri
24 Ogos 2023, 09:25

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Perlis – Pertandingan deklamasi sajak anjuran Unit Pengurusan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis (JPN) mendapat sambutan yang luar biasa.

Sebanyak 50 orang peserta telah bertanding pada peringkat negeri untuk dipilih pada peringkat kebangsaan yang akan berlangsung bulan Oktober nanti.

Pegawai Unit Pengurusan Bakat Murid JPN Perlis, Encik Mohd Shaifulazhar Awang mengatakan bahawa sambutan penyertaan yang diterima pada kali ini sungguh luar biasa, iaitu sebanyak 60 peserta.

 

Sekitar pertandingan deklamasi sajak anjuran JPN.

Walau bagaimanapun, disebabkan beberapa kekangan, 10 peserta terpaksa menarik diri. Beliau berharap peserta yang mewakili negeri Perlis pada peringkat kebangsaan akan menyerlah sekali gus membawa pulang trofi untuk negeri Perlis.

Pada 22 dan 23 Ogos 2023, bertempat di Dewan Ibn Khaldun SK Kampong Salang Perlis telah berlangsungnya pertandingan deklamasi sajak negeri perlis.

Program ini diadakan adalah bertujuan untuk mencungkil bakat baharu dalam bidang deklamasi puisi dan memupuk  minat serta kecintaan generasi muda terhadap bahasa dan sastera Melayu melalui pertandingan deklamasi puisi.

Adik Muhammad A’dib Dubies Abdul Muhaimin dari Sekolah Kebangsaan Kubang Gajah telah dinobatkan sebagai johan pertandingan tersebut. Walaupun beliau antara peserta termuda dalam pertandingan ini, namun usia bukanlah penghalang untuk adik A’dib mencipta kejayaan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.