Diterbitkan pada 16 Ogos 2023, 11:25

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Karya: Iwani Nazurah

 

Terdiam seketika,

Teringatkan diri ini teruja berganjak usia,

Memikirkan alam dewasa itu menyeronokkan,

Lalu, mengapa hati ini meronta ingin berhenti dewasa.

 

Percayalah,

Menunggunya hari esok bagaikan sebuah ketakutan,

Terseksanya berdepan dengan sesuatu yang menyakitkan,

Perjuangan ini diteruskan dengan membawa jiwa yang ditoreh.

 

Tuhan,

Tidak mudah menempuhi alam dewasa,

Besarnya impianku saat kecil dahulu,

Mungkin kini hanya mampu bermimpi.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi