Diterbitkan pada 12 Ogos 2023, 17:46

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Diri ini bukan alim

yang didik cerdik umat sekalian.

 

Bukan juga ajeng

yang menjaga perut nasi anak watan.

 

Juga bukan sarjana loka

yang nak pacu bijaksana kalian!

 

Diri ini hanya nak daki ancala impianku.

 

Memang terdengar macam kata yang biasa,

tapi aku benar-benar mahu ia terlaksana,

biar kau dan kau terkesima.

 

Tak usahlah kau nak candal anganku,

jangan dibujuk aku dengan manisan janji kehidupan.

 

Sudah kusedar nikmat mimpi itu tiada yang mudah.

-Bukan kali pertama ancala mimpi aku itu mumbang jatuh.

 

“Ah, persetankan belukar duri yang harus kutempuh!

Ini ancalaku! Jangan dipertikaikan.”

-Tenang, kawal diri.

 

“Iya.”

Kucipta asmaraloka di sini dengan ketikan demi ketikan abjad.

Biar lembaran kertas menjadi asnad perjuanganku;

-untukku daki ancala impian yang telah lama terkubur nun di puncak.

“Pasti akan tercapai.”

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi