Diterbitkan pada 12 Ogos 2023, 17:42

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Berair mata kerana cinta,

Lelah dan sia-sia,

Cinta datang dan pergi,

Yang baiknya kita masih ada rasa.

 

Berair mata kerana Dia,

Ingatan kita sebagai hamba,

Menenangkan jiwa,

Yang hari-hari bergelumang dosa.

 

Air mata kurniaan yang tiada tara,

Hadir waktu suka dan duka,

Usah mensia-siakan untuk cinta sementara,

Alirkannya untuk cinta yang Maha Esa,

Hakiki dan tiada penghujungnya.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi