Oleh NINA ARYUNI
31 Julai 2023, 11:38

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Dedaun teratai cantik berseri,

tepian tasik jadi hiasan,

ikatan tersedia sejak azali,

tiada siapa boleh memisahkan.

 

Langit mendung dihias pelangi,

ombak menderu impikan hujan,

jangan diikut nafsu duniawi,

harta warisan jadi rebutan,

 

kicauan unggas menghiasi pagi,

mengejut insani mencari rezeki,

jauh dirindu mendekat kelahi,

resam hubungan saudara sejati,

 

Semarak senja merah mewarna,

malam pun tiba siang menghilang,

dekatkan hati nasihat ibunda,

terpisah jarak bukan penghalang,

 

Dedaun kemboja di pinggir kali,

mekar menghijau pohonan semambu,

gelora pelayaran ke negeri abadi,

harapkan nanti di syurga bertemu,

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

Yang Berkaitan

Karya Kreatif

Kerinduan

21 September 2023, 16:13
Aksara Puisi

Hijrah

21 September 2023, 16:07
Karya Kreatif

Rumah Ini

21 September 2023, 16:02
error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.