Diterbitkan pada 31 Julai 2023, 08:43

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Jika lukamu sudah sembuh

berikanku segenggam maaf

daripada kuntum rajuk; yang gugur

bukan sebagai hadiah

tapi sebagai tanda pesan.

 

Benar selama ini

siraman lalu bukan daripada kausar

bukan juga dari sungai neraka

sekadar kukaut daripada kali dunia

airnya keruh berkeladak tanih tumpah

lebihan resah dan gelisah nyawa.

 

Namun itulah airnya yang menguntum percaya

mengalir daripada jiwa ketika keimanan berdiri tegak

rukuk dan sujud menyerah jiwa

sehingga kubaca tahiyat mahu membasuh dosa.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi