Oleh Nazrul Aziz
28 Julai 2023, 10:45

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Penyampaian sajak berjudul “Dikenang hingga Akhirnya” yang dideklamasikan oleh Pegawai Bomba Burhanshah yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh telah memberikan kesan kepada Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Tuan Haji Hamdan yang bersara daripada perkhidmatannya.

Yang Setia Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Haji Hamdan Haji Ali.

Pada 27 Julai 2023, bertempat di perkarangan Ibu Pejabat JBPM Kuala Lumpur telah diadakan Majlis Perbarisan Penghargaan buat Yang Setia Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Haji Hamdan Haji Ali.

Penguasa Bomba Mohd Nazrullah yang merupakan penulis sajak mengatakan bahawa sajak ini dicipta sebagai tanda menzahirkan ucapan terima kasih untuk budi dan jasa yang  telah dicurahkan oleh Tuan Haji Hamdan bukan sahaja untuk JBPM Kuala Lumpur, malah JBPM Malaysia.

Sepanjang perjalanan menuju sebuah destinasi

Kauhambakan diri pada tugas hakiki yang tidak pernah henti

Kausandarkan segalanya demi menjulang visi dan misi jabatan

Kauberikan sepenuh jiwa dan raga untuk kami semua di sini

Bagi engkau, segalanya demi memastikan khidmat kebombaan

senantiasa berprestasi tinggi.

Bait puisi tersebut menggambarkan Tuan Haji Hamdan sentiasa berusaha untuk memastikan perkhidmatan kebombaan yang diberikan adalah terbaik.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.