Oleh Nubailah Nasri
27 Julai 2023, 12:05

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Perlis – Semalam telah berlangsungnya Sayembara Deklamasi Puisi Kanak-kanak bersempena dengan Hari Puisi Kebangsaan. Sebanyak 33 orang peserta telah mengambil bahagian dalam sayembara tersebut.

Bergambar kenangan sewaktu Sayembara Deklamasi Puisi Kanak-kanak yang diadakan pada 26 Julai 2023.

Pertandingan ini merupakan anjuran Persatuan Penulis Perlis (3P) dengan kerjasama Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) dan Perpustakaan Awam Negeri Perlis.

Pertandingan ini diadakan untuk mencungkil bakat kanak-kanak yang berusia antara 10 hingga 15 tahun dalam arena deklamasi puisi.

Selain itu, pertandingan ini juga bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada generasi muda hari ini tentang puisi, di samping membentuk keyakinan diri kanak-kanak ketika beraksi di pentas.

Puisi yang dipilih oleh peserta perlulah diperoleh daripada bahan bacaan yang telah diterbitkan oleh mana-mana penerbitan yang bersesuaian.

Pertandingan tersebut telah diadili oleh tiga orang juri, iaitu Encik Asri Abidin atau nama penanya Aba Jhasri yang merupakan seorang penulis dan guru. Juri lain ialah Puan Nur Azurawati Mohd Zuhdi dari Institut Perguruan Perlis dan Puan Bibi Sarimah Baharom, mantan johan Deklamasi Puisi Perlis yang mewakili 3P.

Pemenang bergambar kenangan bersama-sama tetamu kehormat.

Adik Nur Syaza Alisha Mohd Tarmizi telah dinobatkan sebagai juara, dan beliau berjaya memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM200. Tempat Kedua pula diberikan kepada adik Muhammad Afiq Zikry Zoolhairi yang berusia 10 tahun. Beliau memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM150, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Adik Siti Nur Ariana Natasha Nor Asri yang mendapat hadiah wang tunai sebanyak RM150.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.