Oleh Nazrul Aziz
27 Julai 2023, 10:35

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kota Tinggi – Penyertaan pertama kali Arieff Thaqif dalam pertandingan “Dendangan Syair Menengah Rendah Daerah Kota Tinggi” memberikan hasil apabila beliau dinobatkan sebagai johan setelah menewaskan sembilan orang peserta lain pada pusingan akhir.

Arieff Thaqif mempersembahkan karya Ekien Ishak yang bertajuk “Menjulang Integriti” dengan dendangan Irama Perindu.

Pertandingan yang berlangsung pada 25 Julai 2023 ini telah diadakan di SK Linggiu, Kota Tinggi, Johor bersempena dengan Karnival Bahasa Melayu Peringkat Daerah Kota Tinggi Tahun 2023.

Melalui  kerjasama pertandingan bersama dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, maka tema pertandingan pada tahun ini ialah Wira Anti Rasuah.

Pertandingan ini diadakan adalah bertujuan untuk mencungkil bakat baharu dalam bidang dendangan syair, di samping memberikan ruang dan pendedahan kepada golongan remaja untuk mengetengahkan bakat mereka dalam bidang pengucapan sastera sekali gus membina keterampilan dan jati diri bangsa.

Pelajar tingkatan tiga dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab itu telah membawakan karya Ekien Ishak yang bertajuk “Menjulang Integriti” dengan dendangan Irama Perindu.

Menurut Arief Thaqif, beliau sangat berterima kasih kepada guru pembimbingnya, iaitu Cikgu Nurashikin Ishak yang banyak melatih dan membimbingnya sehingga berjaya dinobatkan sebagai johan.

Selain itu, menurutnya lagi, sokongan dan dorongan daripada ahli keluarga serta pihak sekolah telah menaikkan semangat beliau untuk terus berlatih dan berusaha bagi memastikannya dapat mendendangkan syair dengan baik.

Pertandingan yang memerlukan peserta menghafal antara enam hingga sembilan rangkap syair ini merupakan cabaran kepada peserta di samping perlu memahirkan diri dengan irama dendangan syair yang telah ditetapkan oleh penganjur.

Kemenangan Arief Thaqif ini melayakkan beliau mewakili daerah Kota Tinggi pada Pertandingan Dendangan Syair Peringkat Negeri Johor Tahun 2023 kelak.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.