Diterbitkan pada 26 Julai 2023, 11:09

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Pokok Sena – Selain penghantaran karya kepada 11 majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), kini penulis muda berpeluang menerbitkan karya mereka melalui portal terbaharu DBP, iaitu WadahDBP.

Encik Zainal Abidin Mohd Zin berkongsi tentang Buletin Wadah dengan peserta program.

Itulah perkongsian yang diberikan oleh Perancang Bahasa dari DBP Wilayah Utara, iaitu Encik Zainal Abidin Mohd Zin ketika menyampaikan ucapan semasa Program Memacu Minda Kreatif Murid Melalui Penulisan Peringkat Daerah Kota Setar yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena 2 baru-baru ini.

Katanya lagi,

Setiap daripada peserta bengkel ini diharap menghantar karya mereka untuk disiarkan dalam WadahDBP. Melalui cara ini, penulis muda dapat menghasilkan lebih banyak karya untuk diterbitkan oleh DBP.

Dalam ucapannya juga, beliau berpesan agar penulis muda jangan berasa malu dan segan untuk menghantar karya kepada DBP. Setiap karya yang dihantar akan dibaca dan dinilai oleh editor terlebih dahulu sebelum diterbitkan dalam portal berkenaan.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi