Oleh Nazrul Aziz
13 Julai 2023, 16:11

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Seremban – Kolej Genius Insan (KGI) memenangi anugerah untuk pertandingan kategori “Deklamasi Sajak”, “Dendangan Syair” dan “Pidato Daerah Seremban 1” bersempena dengan Karnival Bahasa Melayu 2023.

Karnival anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Seremban 1  ini telah diadakan pada 12 Julai 2023, bertempat di Dewan Serba Guna Kolej Genius Insan, USIM, Nilai.

Pertandingan yang bertemakan “Wira Anti Rasuah” ini dianjurkan adalah bertujuan untuk mencungkil bakat baharu dalam bidang deklamasi sajak, dendangan syair dan pengucapan awam selain memberikan ruang dan pendedahan kepada golongan remaja untuk mengetengahkan bakat mereka, sekali gus membina keterampilan dan jati diri bangsa.

Sebahagian peserta yang mengambil bahagian dalam Karnival Bahasa Melayu 2023.

Antara peserta daripada KGI yang memenangi johan ialah Muhammad Alif Safwan Azlan (Deklamasi Sajak Kategori Menengah), Aisyah Shofwa Suhaimie (Dendangan Syair Menengah Atas) dan Anis Batrisyia Jaáfar (Pidato Menengah Atas).

Bagi pemenang naib johan daripada KGI ialah Imran Hakimi Mohd Aris (Pidato Kategori Menengah Rendah), manakala tempat keempat acara “Dendangan Syair Menengah Rendah” dimenangi oleh Syafiq Zakuan.

Pemenang daripada Kolej Genius Insan Merakamkan kenangan bersama-sama guru pembimbing.

Guru Pembimbing KGI, iaitu Encik Nor Adlyizan Theis mengatakan bahawa kejayaan ini merupakan hasil pengorbanan setiap peserta yang tidak pernah berputus asa berlatih pada setiap hari, selain semangat juang yang ditunjukkan oleh mereka. Di samping itu, sokongan daripada pengurusan KGI juga menjadi kunci kejayaan pada pertandingan kali ini.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.