Diterbitkan pada 13 Julai 2023, 15:47

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Dapurku cukup terganggu hari ini,

marah apinya membara merah pada mayong

yang menjemput lalat dan langau dengan hanyir,

ke rumah tanpa dipinta.

 

Kata emak, memasak mayong itu bukan mudah,

perlu sabar meramas asam dan limau kehidupan,

harus tenang membersihkan kenyataan bau tentang

kekotoran dan kebobrokan yang melekat padanya.

 

Jangan sesekali lupa untuk membilas,

mayong bersih-bersih daripada hanyir

dengan fikiran air yang selalu membawa

sifat suci dan bersih.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi