Oleh Nazrul Aziz
10 Julai 2023, 14:59

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Daripada 50 orang penjawat awam yang menyertai saringan Gegar Pidato Piala Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (PKPPA) Tahun 2023, sebanyak lima orang penjawat awam daripada pelbagai agensi dan jabatan telah berjaya melayakkan diri pada Pusingan Akhir Gegar Pidato PKPPA 2023.

Pertandingan yang dianjurkan oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Jabatan Perkhidmatan Awam ini berlangsung sempena Karnival Gala Budi, Bahasa dan Budaya 2023.

Demi menyahut Dekad Bahasa Kebangsaan (2022-2030), penganjuran kali kelapan ini merupakan satu daripada inisiatif kebahasaan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan dalam kalangan penjawat awam perkhidmatan awam.

10 peserta Pusingan Separuh Akhir Gegar Pidato PKPPA 2023.

Sebelum layak pada pusingan akhir, peserta Gegar Pidato PKPPA ini perlu melalui beberapa peringkat penilaian. Antaranya seperti peringkat saringan yang diadakan secara dalam talian.

Akademi Pidato Perkhidmatan Awam yang telah diadakan pada 5 dan 6 Julai 2023 secara bersemuka dan Pertandingan Gegar Pidato Peringkat Separuh Akhir.

Akademi Pidato Perkhidmatan Awam ini memberikan persediaan awal kepada peserta sebelum menghadapi sesi separuh akhir. Peserta akademi telah dibimbing oleh pemidato kebangsaan dalam bentuk kuliah dan tutorial sebagai persediaan pada peringkat akhir.

Sesi Akademi Pidato Perkhidmatan Awam Tahun 2023 sebagai persiapan buat peserta sebelum melangkah pada peringkat akhir.

Jabatan dan agensi yang diwakili oleh peserta ini antaranya termasuklah Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Pertanian Negeri Sembilan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia Negeri Perlis, Perbadanan Labuan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Perak, Pertubuhan Keselamatan Sosial, Sekolah Menengah Kebangsaan Kedai Buloh, Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Selangor, Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Johor, INTAN Kampus Wilayah Timur, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Kolej Matrikulasi Labuan.

Hakim pertandingan separuh akhir, iaitu Encik Wan Mohd Akmal mengatakan bahawa penilaian yang dilakukan dalam pertandingan ini adalah untuk menilai sejauh mana kefahaman peserta terhadap tema pertandingan, iaitu “Mengangkasa Aspirasi Malaysia Madani” serta penggunaan dari aspek bahasa yang tepat.

Sebanyak lima orang peserta yang berjaya melayakkan diri pada Pusingan Akhir Pertandingan Akhir Gegar Pidato PKPPA Tahun 2023 yang akan diadakan pada 18 Ogos 2023 di INTAN Bukit Kiara.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.