Diterbitkan pada 5 Julai 2023, 16:08

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Karya: Husna Aqilah

 

Ketika hujan membasahi bumi,

aku berteduh di sebuah pondok kecil,

aku melihat keadaan di sekeliling,

orang ramai berlari,

kerana tidak mahu busana mahal mereka

dibasahi hujan.

 

Lama-kelamaan,

tinggal aku seorang diri,

yang masih berteduh di bawah pondok kecil itu,

aku termenung dan berfikir sejenak,

adakah patut aku berlari meredah hujan?

ketika aku sedang asyik termenung,

datang seorang lelaki mendekat,

berpakaian sangat kemas dan segak

berkulit hitam manis,

dan senyum di bibirnya tidak lekang.

Lelaki itu menghulur sekaki payung

dan berlalu pergi.

 

Aku terkejut,

aku cuba mengejarnya.

makin aku mencuba makin dia menjauh.

 

Akhirnya,

aku dapat mencapai bahunya,

ingin aku ucap terima kasih,

ketika dia menoleh menghadapku,

aku tersedar,

dari tidurku.

 

Inilah mimpi.

Mimpi indah bagiku.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi