Diterbitkan pada 19 Jun 2023, 09:59

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

tidak perlu kusebutkan siapa,

kaubakal tahu pada pengakhiran cerita,

renjana dia jarang diperkata,

ibarat kasih di balik debu kelabu.

 

pada ketika kaki menapak di bumi,

roman wajahnya penuh reaksi,

melihat kaki kecil mengorak langkah,

menjadi saksi detik bersejarah.

 

dia,

lebih mampu daripada tidak,

kata dapur ruang wanita,

sifar dalam akal fikirannya,

pedulikan bisikan dangkal manusia.

 

berkorban perkara biasa,

memerah keringat separuh nyawa,

inilah dia harus disedar,

erti sebenar cinta manusia.

 

suatu masa teratak kita pastikan terpisah,

bila aku dengan haluanku,

pasti aku terkenangkan atapmu,

tempat aku berteduh tatkala sebuah fenomena menjelma.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi