Diterbitkan pada 2 Jun 2023, 12:22

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Oleh : Muhammad Aniq Sapini

 

Aliran sungai mengalir indah,

mengalir di segelinap daerah,

membawa uniknya bangsa sejarah

yang beralun hingga terarah.

 

Uniknya bangsa tanpa berbalah,

adanya agama tanpa masalah,

hidup aman di setiap daerah,

engkau sarawak tanah bertuah.

 

Tanah bertuah melingkar jauh,

menghulur tangan ibarat sauh,

tanpa mengira penatnya berkayuh

hingga mencapai impian penuh.

 

Dua dua tujuh enam tiga,

angka keramat paling berharga,

engkau mendapat erti merdeka,

bebas dari perintah mereka.

 

Kini engkau berangka enam puluh,

tetap gah bersama menyeluruh,

tajam bersuara seperti paruh,

menyusun kata yang tak luruh.

 

Jagalah diri engkau kenyalang,

membentuk rakyat yang cemerlang,

menjadi negeri gilang gemilang,

untuk engkau jauh terbang.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi